Hakikat jin Jin

Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.
Rujukan:

  • Sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai :

"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh berubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.
Rujukan

  • Surah Ar-ahman : ayat 15

"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api"

  • Surah Al-A'raf : ayat 27

"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.

  • Istilah:
    • Kata Tunggal : jinni
    • Jamak : jannun / jinnatun

Umat islam mengakui kewujudan jin dan menyakini bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad kepada mereka. Menurut Imam al-Asy'ari dalam kitab Maqalat Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah, jin mampu merasuk ke dalam manusia.
Rujukan

  • Surah al-baqarah : ayat 275

"Orang-orang yang makan (mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan sperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila..."

Sungguhpun begitu, ada sesetengah orang sering sekali berkerjasama dengan jin dalam hal pembuatan azimat ataupun mantera-mantera walaupun bertentangan dengan keimanan dan menjurus kepada kemusyrikan.